Jauhi Pembulian Siber
12 January 2021 | Berita Semasa

Jauhi perbuatan buli siber. Jadilah pengguna Internet yang bijak. Sentiasa pastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.
Jom @klikdenganbijak !
Jauhi perbuatan buli siber. Jadilah pengguna Internet yang bijak. Sentiasa pastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.
Jom @klikdenganbijak !
PEMBERIAN BANTUAN INTERNET RM100 SEORANG KEPADA SEMUA CALON SPM, STPM DAN STAM TAHUN 2020 DI NEGERI PERAK
Kerajaan Negeri Perak menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) telah mengumumkan pemberian bantuan internet berjumlah RM100 seorang kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Untuk makluman, pemberian bantuan kepada calon sekolah/institusi akan disalurkan menerusi PIBG sekolah masing-masing.Bagi semua CALON PERSENDIRIAN, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak sebelum 15 Januari 2021 dengan disertakan dokumen seperti berikut;- Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020;- Salinan Kad Pengenalan; dan,- Salinan Akaun Bank (yang menyatakan nama pemilik amaun)Sebarang pertanyaan, hubungi 052095083 / 5024 / 5027 / 5822 / 5829
Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Sejak kebelakangan ini, kita sentiasa lihat kes-kes kerugian melibatkan jutaan ringgit di dada-dada akhbar dan terfikir, “Macam manalah orang-orang ni boleh kena scam?” ⠀⠀⠀
⠀⠀⠀
Mungkin kadang kala kita berasa bahawa kes-kes penipuan ini tidak masuk akal sehinggakan ia mampu merugikan seorang mangsa dengan ratusan ribu ringgit, namun inilah realitinya. Berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila dihampiri oleh scammers.
⠀⠀⠀
Berikut adalah senarai beberapa jenis scam/penipuan yang aktif di Malaysia – rujuk infografik.
Elak jadi mangsa penipuan dalam talian.
Sentiasa sahkan dengan sumber yang boleh dipercayai.
Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) memerlukan kerjasama daripada banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri.Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek telah hadir mesyuarat pertama Majlis Digital Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali dan membentangkan rancangan pelaksanaan pelan JENDELA di Negeri Melaka.Komitmen MCMC adalah untuk terus bersama Kerajaan Negeri, menawarkan kepimpinan dan berkongsi buah fikiran terutamanya dalam aspek penambahbaikan dasar dan proses bagi industri komunikasi dan multimedia.