Bantuan Kecemasan Covid19-MAIPk Negeri Perak

21 March 2020 | Berita Semasa

Semua operasi kaunter agihan zakat terpaksa ditutup selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 hingga 31 Mac yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia ekoran penularan Wabak Covid19 yang melanda.

Oleh yang demikian, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif demi membantu meringankan beban asnaf-asnaf yang terputus bekalan kerana tidak dapat keluar mencari rezeki. Pihak MAIPk memberi peluang kepada Rakyat Negeri Perak dalam golongan berkenaan agar terus membuat permohonan dengan klik pautan yang diberikan di laman FB Rasmi MAIPk dan isi borang tersebut bagi tujuan semakan dan pertimbangan bantuan.

Diharap kaedah ini dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan ” bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Permohonan ini hanya dibuka untuk tempoh 21 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan tertakluk kepada mereka yang tinggal dan bermastautin di negeri Perak sahaja.