Bengkel : Malaysia Travel Privilege Card

05 March 2020 | Berita Semasa

Pada 25 Februari 2020 (Selasa) bertempat di Pusat Internet Felda Sungai Behrang telah berlangsung satu sesi taklimat oleh Pegawai dari Pusat Pelancongan Pulau Pinang. Seramai 12 orang wakil petugas Pusat Internet sekitar Daerah Batang Padang Muallim.

Peserta diberi pendedahan tentang keistimewaan “Privilege Card” bagi penggunaan pelancongan antaranya untuk ‘walk in’ tiket masuk pelbagai lokasi menarik di Negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor. Hanya dengan RM30.00 bagi satu kad, pemegang kad dapat menikmati diskaun diantara 20% – 40% di lebih 80 tempat perlancongan yang berdaftar bersama “Privilege Card”. Pemilik kad juga diberi kelebihan menikmati diskaun tempahan hotel di Agoda bermula dari 20% sehingga 75% (tertakluk kepada terma dan syarat). Program “Privilege Card” ini adalah dengan kerjasama Tourism Malaysia, Malindo Air, Agoda dot com dan juga Penang Torist Center Bhd.