Elak Berkumpul – Cegah Covid19

29 May 2020 | Berita Semasa

Walaupun Syawal tahun 2020 berbeza dengan sebelumnya, kita semua mampu usaha untuk terus amalkan langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak Covid19.

Bersama kita putuskan rangkaian Covid-19 dengan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sentiasa peka & jaga penjarakan sosial dengan orang sekeliling, amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer, elakkan bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain dan tidak digalakkan untuk menziarahi pusara keluarga bagi mengelakkan berkumpul.