Kaedah Melupuskan Penutup Hidung dan Mulut (Facemask)

05 June 2020 | Berita Semasa

Penggunaan pelitup muka (facemask) merupakan langkah baik dalam mencegah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara namun masih ramai yang tidak tahu kaedah sebenar melupuskannya. Langkah berikut merupakan cara terbaik untuk melupuskan penutup hidung dan mulut :

  1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung
  2. Lipat penutup hidung dan mulut ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.
  3. Buang penutup hidung dan mulut yang terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.
  4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup hidung dan mulut terpakai.