Lawatan Ke Terengganu Bersama Pengurusan Felda Gunung Besout 2

07 Ogos 2018 | Berita Semasa
38427953_2000018323376556_4712655751754022912_n

Pada 03, 04 dan 05 Ogos yang lalu, Pihak Pengurusan Felda Gunung Besout 2 dengan kerjasama badan-badan lain seperti GPW, Badan Khairat Kematian, MBFM, KAF dan juga Pihak Tabika Kemas telah mengadakan Lawatan Ke Terengganu sebagai satu penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang telah banyak membantu menjayakan program sepanjang tahun 2018.

Tarikh : 03,04 dan 05 Ogos 2018 | Sabtu

Masa : 8.00 pagi-5.00 petang

Lokasi : Tempat-Tempat Menarik di Terengganu seperti Pasar Besar Kedai Payang, China Town Kuala Terengganu, Masjid Kristal Terengganu & ICT Terengganu.

Semua ahli jawatankuasa yang terlibat sangat teruja dengan reka bentuk dan keunikan bangunan dan kecantikan seni bina di Terengganu. Malah, mereka juga turut dibawa melawat ke sekitar kawasan persisiran pantai yang menyaksikan pelbagai landskap menarik yang diharapkan dapat diadaptasi ke dalam kawasan Felda Gunung Besout 2 sendiri. Tahniah kepada semua ahlijawatankuasa !