Lawatan Pengerusi MCMC Ke Pusat Internet Felda Gunung Besout 2

16 August 2020 | Berita Semasa

Pada 03 Ogos 2020 yang lalu, satu Lawatan Kerja Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh YBrs.Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (Pengerusi MCMC) telah hadir ke Pusat Internet Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak. Majlis berkenaan dimulakan dengan sesi makan tengah hari bersama Delegasi yang turut hadir bersama adalah YBhg Dato’Mohd Ali Hanafiah (Ketua Pegawai Sektor Korporat MCMC), En.Zairulnahar Bin Zakaria (Pengarah MCMC Pejabat Negeri Perak), Pn.Hanita Izam Abd Rahman (Timbalan Pengarah MCMC Pejabat Negeri Perak), En.Fakhrul Lutfi Bin Sabri (Timbalan Pengarah MCMC Pejabat Negeri Perak) , En.Mohd Syahir (Penolong Pengarah MCMC Negeri Perak).

Selain itu, Pihak Pengurusan Webe Digital Sdn Bhd turut hadir En.Hafiz Bin Senin, En.Ahmad Zaki Bin Abdullah dan En.Nik Mohd Azri Bin Nik Mansor. Selesai sesi makan tengah hari , delegasi dibawa masuk ke dalam Pusat Internet untuk sesi Perkongsian Digital bersama dengan Petugas Pusat Internet Kluster Batang Padang Muallim dan beberapa wakil usahawan yang berjaya melakar nama ke peringkat antarabangsa antaranya En.Mohd Saiful Bin Isa (Pengusaha Hasil Sungai OKU), En.Mishan Bin Warsian (Pengusaha Limau Kasturi) , Pn.Zaleha Binti Karim (Pengusaha Cendawan Tiram) dan Pn.Nurhamizah Binti Khairul Anuar (MBFM Felda Sg Behrang).

Sesi perkongsian tersebut memberi peluang kepada para usahawan berkongsi pelbagai idea agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang untuk faedah bersama. Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat!