Maklumat AM
Maklumat Am/Info Setempat
NAMA :FELDA GUNUNG BESOUT 2
POPULASI PENDUDUK : 3980
JUMLAH WARGA EMAS: 623 (PENEROKA + ISTERI)
NEGERI : PERAK
DAERAH: BATANG PADANG
KOD PARLIMEN: P.077
KAWASAN PARLIMEN : TANGJONG MALIM
AHLI PARLIMEN: YB TUAN CHANG LIH KANG
PARTI AHLI PARLIMEN: PH-PKR
DUN : SLIM RIVER
KOD DUN: N.058
DUN: SLIM
AHLI DUN : YB EN.MOHD ZAIDI BIN AZIZ
Felda Gunung Besout seringkali menimbulkan persoalan pada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. Ini kerana ramai yang akan tertanya-tanya apakah simbolik mahupun kisah di sebalik kewujudan nama tersebut. Hasil temubual kami dengan beberapa orang penduduk yang telah bermastautin lebih 30 tahun di kawasan Felda Gunung Besout 2 (FGB2) ini, Felda ini telah mendapat namanya hasil daripada perbuatan bersahut-sahutan. Menurut kisahnya lagi,dahulunya kawasan petempatan ini sebahagian daripadanya adalah kawasan hutan tebal dan memerlukan aktiviti seperti tebas-menebas kawasan hutan. Semasa aktiviti tersebut dilakukan, terdapat dua bersaudara yang terpisah dan saling bersahutan untuk bertemu kembali dan dari perbuatan itu,wujudlah nama BESOUT yang terus kekal sehingga ke hari ini.
FGB2 telah dibuka dari tahun 1974 -1988 dan kebanyakan penduduk disini mengusahakan tanaman kelapa sawit. Felda ini berkedudukan 130km dari bandaraya Kuala Lumpur dan 115km dari bandaraya Ipoh. Keunikan felda ini terletak pada kawasan petempatannya sendiri iaitu terbahagi kepada dua dimana di kawasan Besout 2 induk didiami 339 rumah peneroka manakala bakinya sebanyak 156 rumah peneroka terletak di Besout 2 tambahan. Hasil daripada permuafakatan, wujudlah 10 unit kampung yang sangat unik.[/expand]
- [expand title=”Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)”]
[/expand]
- [expand title=”Rekreasi”]Terdapat beberapa kawasan rekreasi di sekitar Felda Gunung Besout 2 ini antaranya Laman Senam yang terletak bersebelahan dengan Dewan Serbaguna. Ia merupakan kemudahan ‘Outdoor Gym’ yang diwujudkan bagi kemudahan komuniti sekitar. Selain itu, terdapat juga taman mini yang merupakan mercu tanda setiap Unit (Gabungan Beberapa Blok/Peringkat) yang direka menjadi mini landskap untuk memperindahkan lagi kawasan sekitar perkampungan ini.Kemudahan gelanggang Futsal, takraw dan padang bola sepak juga disediakan bagi membolehkan masa yang ada dimanfaatkan untuk aktiviti bersukan. Selain itu, Felda Gunung Besout 2 juga menjadi destinasi yang menarik bagi mereka yang gemar untuk memancing ikan air tawar. Ramai golongan kaki pancing dari luar menjadikan sungai sekitar kawasan ini sebagai lokasi untuk memancing ikan-ikan sungai seperti ikan baung, patin, tapah, sepat, puyu, keli, haruan dan udang galah.[/expand]
- [expand title=”Makanan Yang Menarik”]Sesiapa yang berkunjung ke sini, pasti akan teringat keenakan makanan yang dimasak oleh penduduk di sini. Setiap kali pengunjung atau pelawat dari luar datang ke Felda Gunung Besout 2, mereka akan disajikan dengan salah satu hidangan istimewa iaitu Nasi Impit Kuah Lodeh yang dibuat sendiri hasil dari kerjasama golongan ibu GPW. Di samping itu, Felda Gunung Besout 2 juga terkenal dengan sajian pelbagai sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan sebagainya. Kuah pecal yang enak akan menambahkan lagi selera untuk makan.[/expand]
- [expand title=”Homestay”]Aktiviti ‘homestay’ menjadikan kampung ini terkenal untuk program ‘anak angkat’ terutamanya kepada para pelajar universiti bagi mengenali cara hidup dan budaya masyarakat di sini. Terdapat beberapa pilihan Homestay atau Inap Desa yang menarik di sekitar kawasan perkampungan ini antaranya Teratak Best Two (Pn.Khatijah Bt Awang Desa : 013-5900016), Homestay Zarra (Rahim/Jamaliah : 017-3974021) dan juga Homestay Sarah (Siti Saharah Bt Sabran : 012-4309805)
[/expand]
- [expand title=”Pejabat Felda”]
HUBUNGI PEJABAT FELDA
* Pejabat Felda : 05-4312422
* Pengurus Felda (En.Izwan Hadi Bin Sabari)
* Alamat Email : besout2.f@gmail.com
- [expand title=”Dewan GPW & Dewan Serbaguna”]
[/expand]
- [expand title=”Masjid Saidina Umar Al-Khattab”]
[/expand]
- [expand title=”Pusat Internet Malaysia (PI)”]
[/expand]
- [expand title=”Gelanggang Futsal”]
[/expand]
- [expand title=”Kemudahan Mesin ATM”]
[/expand]
- [expand title=”Kompleks Perumahan Petugas & Pondok Polis”]
[/expand]
- [expand title=”Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besout”]
Felda Gunung Besout 2 merupakan satu kawasan petempatan yang unik bukan sahaja kerana terwujudnya Unit-Unit Blok yang unik, malah di sini juga tiada memiliki sekolah kebangsaan atau sekolah menengah. Hal ini disebabkan, terdapat sekolah-sekolah di kawasan sekitarnya iaitu Sekolah Kebangsaan Felda Gunung Besout 3, Sekolah Kebangsaan Sri Besout dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Ketiga-tiga sekolah ini menjadi pusat pendidikan setempat yang dikongsi bersama ekoran Felda Gunung Besout 2 terletak dalam kawasan Gugusan Besout yang menggabungkan petempatan Felda Gunung Besout 1 dan juga Felda Gunung Besout 3.[/expand]
- [expand title=”Ikon komuniti”]
Dilahirkan di Felda Gunung Besout 2 pada 5 Jun 1985, anak ke-6 daripada 9 adik beradik. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Besout, kemudian ke Sekolah Menengah Felda Besout dan Sekolah Menegah Teknik Slim River. Melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang, kemudian menghabiskan pelajaran dalam Higher National Diploma Business & Marketing di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak. Pernah bekerja di Universiti Islam Antarabangsa Gombak dalam bidang pemasaran di bawah anak syarikat UIA iaitu IIUM Press Sdn Bhd.Pernah memegang jawatan Naib Pengerusi 3 dalam jawatankuasa Majlis Belia Felda Wilayah Trolak, Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Belia Felda Wilayah Trolak, Setiausaha Majlis Belia Felda Negeri Perak, Setiausaha MBFM Besout 2, AJK MBF Wilayah Trolak dan AJK MBFM Besout 2. Juga menyertai program Tunas Mekar Felda dalam bidang pertanian.Sekarang bekerja sendiri dalam perniagaan perkongsian bersama dua rakan dalam menghasilkan baja organik. Memegang jawatan Pengurus Kewangan Dan Pentadbiran dalam Hijau Bumi Resources. LATAR BELAKANG SYARIKATHIJAU BUMI RESOURCES telah ditubuhkan pada 18 November 2013 beralamat di No 2 Bangunan JKKR Felda Gunung Besout 2, 35600, Sungkai, Perak. Merupakan sebuah perniagaan 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan membekal barangan pertanian dan penternakan, penyelengaraan lanskap dan ladang.HIJAU BUMI RESOURCES mengeluarkan produk sendiri berjenama Biosaikin iaitu Biosaikin Bokashi BL5, Biosaikin Baja Organik Cecair, Biosaikin EM1, Biosaikin Bio pest repellent dan Biosaikin Makanan Tambahan Ternakan. Selain mengeluarkan produk HIJAU BUMI RESOURCES juga memberi khidmat nasihat kepada pelanggan untuk menguruskan ladang dan ternakan.HIJAU BUMI RESOUCES adalah perniagaan berbentuk perkongsian dan dimiliki oleh Mohd Hamdan Bin Ramli selaku Pengurus Jualan dan Pemasaran, Hamzi bin Mohamad Napiah selaku Pengurus Operasi dan Teknikal dan Nuzul Khahar bin Yaakup selaku Pengurus Pentadbiran dan Kewangan. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada kami akan mengeluarkan produk berkualiti yang mampu milik untuk semua jenis pengguna serta memberi keutamaan pada mutu kerja yang terbaik.HIJAU BUMI RESOURCES juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu urusniaga dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.[/expand]
- [expand title=”Usahawan online berjaya/ anugerah”]
Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Besout 2 ini memang sangat bagus. Sebelum ini, saya langsung tidak tahu menggunakan peralatan komputer dan juga kemudahan jalur lebar internet. Tambahan pula dengan keadaan fizikal saya yang sebegini, ia amat menjadikan saya seorang yang rendah diri dan malu untuk bergaul dengan orang ramai. Namun, kewujudan PI1M Felda Besout 2 ini telah banyak membantu dalam merubah kehidupan saya. Saya memang mempunyai minat mendalam dalam aktiviti memancing. Setiap hari saya akan ke sungai dan Alhamdulillah setiap kali turun padang, akan ada rezeki buat saya. Pada awal-awal wujudnya PI1M Felda Besout 2 ini, saya malu untuk bertanya dan mendekati tenaga pengajar di sini. Namun, berpegang pada ‘malu bertanya sesat jalan’, saya memberanikan diri juga untuk hadir ke sini dan bertanya pada tenaga pengajar di sini. Sebelumnya, saya selalu mendengar tentang boleh menjana pendapatan menggunakan blog. Disebabkan perasaan ingin tahu terlalu tinggi, maka saya buang semua sifat malu dan beranikan diri untuk melangkah ke PI1M Felda Besout 2 ini.Di sini, saya di ajar daripada asas perkenalan kepada semua peralatan komputer dan cara penggunaan yang betul. Saya juga diajar perkara asas dalam menaip dan seterusnya sedikit demi sedikit saya di ajar teknik menghasilkan blog. Pada mulanya agak kekok untuk menaip kerana saya memang tiada pendedahan sebelum ini namun Alhamdulillah tenaga pengajar di sini sangat sabar dalam memberi tunjuk ajar. Saya diajar asas penulisan di blog dan turut di bawa ke merata laman blog pemancing tegar seperti saya. Setelah meneliti beberapa contoh, saya pun memulakan catatan di blog saya sendiri yang diberi nama http://renjersungai.blogspot.com dan di laman renjer sungai ini saya catat dan abadikan segala hasil sungai yang saya perolehi. Malah menerusi blog ini jugalah saya mendapat ramai kenalan baru alam maya yang sanggup turun padang hadir sendiri ke tempat tinggal saya untuk sama-sama merasai pengalaman memancing di tempat dan lubuk yang seringkali memberi hasil lumayan kepada saya. Melalui blog ini jugalah saya mengatur trip memancing untuk rakan-rakan blog yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman di tempat saya dengan sedikit kadar bayaran untuk pengangkutan dan sebagainya.Selain itu, saya sebagai anak jati Felda, amat rapat dengan istilah cendawan busut. Ini juga merupakan aktiviti wajib saya kerana setiap kali kewujudan cendawan busut, saya merupakan orang terawal yang akan pergi ke segenap ceruk kebun kelapa sawit untuk mencabut dan menjual sendiri hasil cendawan ini yang boleh mencecah sehingga RM15 sekilogram. Malah saya juga pernah didatangi sendiri wartawan dari akhbar Kosmo apabila mendapat tahu tentang cendawan busut ini melalui blog renjer sungai. Cendawan busut ini amat unik dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu sahaja di Malaysia dan tempat tinggal saya di Felda Gunung Besout adalah salah satu darinya. Beliau juga dapat merasa sendiri keenakan cendawan busut ini dimasak dengan mee hailam.Malah, dalam tahun 2012 ini sahaja, sudah 2 kali blog saya mendapat liputan media massa iaitu daripada pihak Krew RTM melalui segmen Laporan Khas dalam berita TV1 (24/9/2012) dan juga baru-baru ini menerusi rakaman iklan anjuran SKMM di bawah projek National Broadband Initiative (NBI) “Segalanya Mungkin Dengan Jalurlebar” yang disiarkan di RTM, TV3, TV9, Bernama TV dan astro 404. Selain itu, blog saya juga telah tersiar dalam Majalah Umpan Edisi Oktober-November. Kalau dulu saya sekadar mampu mencari sendiri sahaja hasil ikan-ikan sungai tetapi kini, saya mampu menjadi pemborong dengan membeli ikan-ikan hasil yang diperolehi oleh rakan-rakan saya yang lain dan seterusnya saya pasarkan ke sekitar Felda Besout, Felda Trolak dan juga Slim River. Malah, saya juga menerima tempahan daripada rakan-rakan maya antaranya dari Selayang dan Damansara. Alhamdulillah kini pendapatan saya mampu mencecah ratusan ringgit menerusi hasil jualan ikan sungai segar dan juga ikan yang dikeringkan seperti ikan kering haruan dan juga sepat yang mendapat permintaan tinggi sekarang ini.Selain itu, saya juga telah tercalon menjadi salah seorang penerima Anugerah Usahawan Jalurlebar Cemerlang (Broadband Empowered Entreprenuer : BEE Award 2013) disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu ,Dato Seri Najib di KLCC.Seterusnya, sekali lagi saya diberikan rezeki terindah dalam hidup saya apabila tercalon sebagai penerima ‘Runner-Up’ dalam “Connecting At The Roots” anjuran International Telecomunication Union (ITU) di Bangkok,Thailand. Malah, lebih mengembirakan saya lagi apabila sumber blogspot saya menarik perhatian stesen televesyen Astro dan telah terpilih menjadi hos bersama dalam rakaman Musim Pertama bersama krew Lubuk Joran (Astro TVi).Saya amat bersyukur dengan adanya PI1M Felda Besout 2 ini, saya dapat merealisasikan impian untuk memiliki blog sendiri dan membantu menambahbaik pendapatan saya ke satu tahap yang tidak pernah saya bayangkan selama ini. Harapan saya semoga PI1M Felda Besout 2 akan terus gah di Felda Gunung Besout 2. Terima kasih SKMM dan PI1M Felda Besout 2![/expand]
- [expand title=”Warga Emas/ OKU yang celik IT/ Usahawan”]
Haji Zainal Abidin Bin Hj Ahmad berusia 66 tahun, merupakan Setiausaha Badan Khairat Kematian di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Felda Gunung Besout 02. Beliau telah mendaftar menjadi ahli di Pi1M Felda Gunung Besout 02 seawal 2010 lagi. Haji Zainal Abidin sering datang ke Pi1M Felda Gunung Besout 02 untuk menghadiri kelas ICT yang diadakan dan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan internet.Pada setiap minggu beliau akan datang ke Pi1M untuk mencari khutbah Jumaat secara atas talian yang dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (http://www.islam.gov.my/en/khutbah-online). Pada beliau, kandungan khutbah yang akan disampaikan kepada para Jemaah perlulah terkini dan bersesuaian dengan isu semasa. Di samping itu juga, beliau akan melayari internet untuk mencari sumber-sumber rujukan keagamaan, mendengar ceramah-ceramah agama oleh penceramah terkenal dan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di Youtube. Selain mempelajari ilmu ICT, beliau juga menggunakan perkhidmatan pembayaran bil di Pi1M untuk pembayaran bil utiliti, cukai tanah dan melakukan transaksi perbankan internet. Selain itu, beliau yang juga merangkap Setiausaha Badan Khairat Kematian, bertanggungjawab dalam memastikan setiap kewangan dikemaskini dengan baik secara ‘online’ di laman web http://www.eroses.gov.my/. Setiap butir kewangan masuk dan keluar perlu dikemaskini dengan baik agar penyata kewangan sentiasa tepat dan dapat dimuatnaik pada waktu yang ditetapkan.Beliau berpendapat, Pusat Internet 1 Malaysia ini amat berguna untuk semua lapisan masyarakat tak kira usia muda ataupun tua. Dengan adanya pusat internet ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat di Felda Gunung Besout 02 ini untuk melakukan urusan harian dengan mudah. Program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pi1M juga dapat mendedahkan dan membudayakan penggunaan ICT khususnya untuk penduduk di Felda Gunung Besout 02 ini dan seterusnya memberi kesedaran betapa pentingnya penguasaan kemahiran ICT bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup pada masa kini. Besarlah harapan beliau agar pusat internet 1Malaysia ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan akan terus memberi bakti untuk penduduk di Felda Gunung Besout 02.[/expand]
- [expand title=”Usahawan online”]Home Made Pizza / Spagetti / Mushroom Soup / Dim Sum / Shepard’s Pie (Pn.Khayati Binti Kamaruddin) 0102951312
[/expand]
- [expand title=”Perkhidmatan”] Rawatan Bekam & Ghurah / Resdung (Saudara Muhamad Yazid Bin Abd Halim) 0175545395
[/expand]
- [expand title=”Produk”]Home Made Bahulu Tradisional / Bahulu Maker Felda Gunung Besout 2 (Pn Habibah Bt Hashim)0195403468
[/expand]