Berita & Aktiviti Terkini

Program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua

10 Januari 2019 | Berita Semasa

01op 02.2op 15.1op FB_IMG_1546006198094 IMG_20181226_101238 IMG_20181226_120558 IMG_20181226_124623 IMG_20181226_150235 IMG_20181227_101859 IMG_20181227_120136 IMG_20181227_121903 IMG_20181227_122345 IMG_20181228_145646 IMG_20181230_215735 IMG-20181227-WA0205 IMG-20181228-WA0014 IMG-20181228-WA0042

Pada 26 & 27 Disember 2018 telah diadakan Program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua.

Tarikh : 26 & 27 Disember 2018

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Kerjasama : Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout Dua

Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dua hari karnival berlangsung antaranya Dekorasi Kek, Pertandingan Gubahan Buah, Pertandingan Soccer Pelikat, Pertandingan Robotic Young Engineers, Pertandingan Baby Challenge dan juga Digital Sharing yang menyaksikan Icon Media iaitu En.Hafiz Hamidun (Kump.Nasyid UNIC) berkongsi pada sesi akhir sebelum majlis penutup. Program seperti ini mendapat sokongan penuh seluruh komuniti dan semoga dapat memberi manfaat penuh pada semua.

Program Hari ICT UPSI 2018, Tanjong Malim Perak

13 Disember 2018 | Berita Semasa

47132552_2049120441775829_5185931413714632704_n 47173242_2049120475109159_5083138342216794112_n 47367310_2049120318442508_1046357112520704000_n 47082924_2049120191775854_1107436228984176640_n 47119822_2049120111775862_1343304592951083008_n 47187618_2049120088442531_3745348083546849280_n

Pada 30 November yang lalu telah diadakan Program Hari ICT UPSI 2018 di Kampus Proton City,Tanjong Malim,Perak.

Tarikh : 30 November 2018

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Kerjasama : Pusat Internet Batang Padang & Muallim

Pada 30 November 2018 , Pusat Internet dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan pameran bersempena dengan Program Kempen Mobile E-Waste Peringkat UPSI di Kampus Proton City, Tanjong Malim Perak. Program bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu menyaksikan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Booth Pusat Internet kepada pengunjung yang hadir antaranya Roda Impian Klik Dengan Bijak, Kuiz Word Seach dan juga Sesi Tayangan Video. Sepanjang pameran ini berlangsung banyak mesej dan maklumat yang dikongsikan kepada pengunjung iaitu antaranya berkaitan kawalan kendiri dimedia sosial dan juga kempen terkini yang sedang dijalankan oleh SKMM. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor UPSI dan turut bersama pada majlis penutup adalah Sesi Penyerahan Kempen Mobile E-Waste kepada Ketua Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Perak iaitu Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman. Terima kasih pada semua yang telah membantu menjayakan Booth Pameran pada kali ini !

Program Sambutan Maulidur Rasul Felda Gunung Besout 2

03 Disember 2018 | Berita Semasa

5 1 7

Pada 26 November yang lalu telah diadakan Program Sambutan Maulidr Rasul Peringkat Rancangan Felda Gunung Besout Dua,Sungkai,Perak.

Tarikh : 26 November 2018

Masa : 8.30 hingga 12.30 tengah hari

Kerjasama : Semua Pengurusan Felda Gunung Besout Dua

Program ini mendapat kerjasama daripada semua ahlijawatankuasa Pengurusan Peringkat Rancangan Felda Gunung Besout Dua. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Lihami Bin Ahmad selaku Penyelaras Bahagian Exco Dakwah Masjid Saidina Umar Al-Khattab Felda Gunung Besout Dua. Program seperti ini dijalankan pada setiap tahun untuk memupuk semangat cintakan rasul sekaligus memberi aura positif kepada semua komuniti yang melibatkan diri. Terima kasih pada semua!

Program Perkongsian Pintar Jejak Digital

28 November 2018 | Berita Semasa

IMG_20181119_091213 IMG_20181119_092458 IMG_20181119_093556

Pada 19 November yang lalu telah diadakan Program Digita Jejak Digital bersama pelajar Tabika Kemas Felda Gunung Besout 1,2,3 dan 4.

Tarikh : 19 November 2018

Masa : 9.30 hingga 12.30 tengah hari

Kerjasama : Ahlijawatankuasa Tabika Kemas Felda Gugusan Besout

Program ini mendapat kerjasama daripada Ahlijawatankuasa Tabika Kemas Felda Gugusan Besout. Aktiviti turut disertai oleh para ibu bapa serta penjaga murid-murid tabika dan dimulakan dengan beberapa sesi Penerangan Berkenaan Klik Dengan Bijak seterusnya diajukan soalan kuiz. Program seperti ini diadakan bertujuan mendidik para penjaga terutamanya tentang pentingnya perlu membuat semakan pada setiap gadget yang digunakan pada masa kini bagi tujuan keselamatan pada anak-anak. Semoga program seperti dapat memberi impak positif pada semua peserta yang terlibat. Terima kasih pada semua!

King Cheese Leleh | Bukan Sekadar Burger

14 November 2018 | Berita Semasa

1.Banner Leleh 2 4

Sebut saja ‘King Cheese Leleh’, rata-rata komuniti sekitar Felda Gunung Besout Dua sudah cukup mengenali kelazatan burgernya yang dilimpahi keju meleleh.

Nama : King Cheese Leleh

FB Page : King Cheese Leleh

Kelebihan : Sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

Pemilik King Cheese Leleh iaitu Saudara Akram dibantu oleh isteri tersayang mengusahakan perniagaan King Cheese Leleh. Malah mereka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah di sekitar kawasan yang dinyatakan pada setiap hari. Gerai perniagaan mereka juga menjadi tumpuan komuniti sekitar yang ingin merasai sendiri kelazatan ‘burger meleleh’ hasil air tangan mereka.