Berita & Aktiviti Terkini

Promosi Program Digital PI Besout 2

23 September 2020 | Berita Semasa

Bermula 23 hingga 30 September telah bermula Promosi Program Digital Check in yang terdiri daripada pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Video Pendek Produk Review “Ater Moh Ler Rase!” dan lain-lain. Jangan lupa saksikan Final FB Live sesi penutup pada 30 September jam 4.00 petang di FB Page Pusat Internet Felda Gunung Besout 2.

AMBIL TAHU:RASIONAL LOGO & TEMA MALAYSIA PRIHATIN

12 September 2020 | Berita Semasa

INFOGRAFIK
Kibarkan Jalur Gemilang
Sepanjang Bulan Kebangsaan
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020

Logo dan Tema Malaysia Prihatin sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2020 .

Bengkel Online : MIV bersama komuniti 2020

05 September 2020 | Berita Semasa


Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020
Tarikh : 05 September 2020
Lokasi : Pusat Internet Felda Gunung Besout 2
MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial.

Melalui program MIV, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp.

Antara khidmat lain yang diberikan oleh sukarelawan MIV adalah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu pengusaha tempatan memasarkan produk, mendidik pengunaan ICT secara berhemah, dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej-mesej advokasi MCMC.

Salam Kemerdekaan 63

30 August 2020 | Berita Semasa

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-63.

Terus amalkan norma baharu dalam kehidupan. Elakkan berada di tempat yang sesak, kerap cuci tangan dengan air dan sabun, amalkan penjarakan fizikal, jangan bersalaman atau bersentuhan dan pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Bersama kita mencegah wabak Covid19.

pertandingan klik @ Merdeka

24 August 2020 | Berita Semasa

Luahkan inspirasi kemerdekaan anda melalui lensa kamera.

Sertai Klik@Merdeka 2020 dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 6 ribu!

Layari merdeka.penerangan.gov.my untuk maklumat lanjut.