PEMBERIAN BANTUAN INTERNET RM100 SEORANG

05 January 2021 | Berita Semasa

PEMBERIAN BANTUAN INTERNET RM100 SEORANG KEPADA SEMUA CALON SPM, STPM DAN STAM TAHUN 2020 DI NEGERI PERAK

Kerajaan Negeri Perak menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) telah mengumumkan pemberian bantuan internet berjumlah RM100 seorang kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).Untuk makluman, pemberian bantuan kepada calon sekolah/institusi akan disalurkan menerusi PIBG sekolah masing-masing.Bagi semua CALON PERSENDIRIAN, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak sebelum 15 Januari 2021 dengan disertakan dokumen seperti berikut;- Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020;- Salinan Kad Pengenalan; dan,- Salinan Akaun Bank (yang menyatakan nama pemilik amaun)Sebarang pertanyaan, hubungi 052095083 / 5024 / 5027 / 5822 / 5829

Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak