PENDAFTARAN SSM DI PEDI FELDA GUNUNG BESOUT 2
05 July 2022 | Berita Semasa
PEDI Felda Gunung Besout 2 menyediakan perkhidmatan capaian internet berkelajuan tinggi, kemudahan komputer, mencetak & fotokopi dokumen dan wifi. Selain itu, PEDI Felda Gunung Besout 2 juga turut membantu para usahawan yang ingin mendaftar perniagaan di laman web SSM.
Kerajaan Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan kepada peniaga atau usahawan kecil dan sederhana seperti pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, geran perniagaan dan lain-lain kelebihan lagi. Namun bagi melayakkan sesebuah perniagaan itu mendapatkan faedah dari kerajaan, perniagaan tersebut hendaklah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Oleh itu, PEDI Felda Gunung Besout 2 ingin membantu komuniti setempat yang belum mempunyai lesen Perniagaan SSM untuk sama-sama menerima manfaat yang ditawarkan. Alhamdulillah, PEDI Felda Gunung Besout 2 telah membantu usahawan mendaftar di bawah SSM. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran SSM boleh terus hadir ke PEDI berdekatan anda.