Pertandingan Secara Digital : Norma Baharu Pasca PKPP

04 July 2020 | Berita Semasa
Pertandingan Kahoot Online

Bermula pada 21 Jun yang lalu, Pusat Internet Felda Besout 2 mengambil inisiatif mengadakan beberapa pertandingan secara atas talian atau secara digital sejajar dengan usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Video Pendek Jom Cuci Tangan, Pertandingan Kuiz Kahoot Online, Pertandingan Video Memasak, Pertandingan Foto Ayahku Heroku dan lain-lain.

Buat julung kalinya aktiviti diadakan sepenuhnya secara atas talian termasuklah pendaftaran dan penghantaran penyertaan. Pada sesi akhir penutup pengumuman pemenang yang diadakan melalui FB Live di FB Page Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua mencatatkan lebih 2800 viewers. Melihatkan sambutan yang diberikan amat tinggi , ini memberi konotasi komuniti sedar dan peka dengan aktiviti Pusat Internet walaupun dijalankan menggunakan konsep baharu iaitu Platform Digital. Penyertaan yang diterima bukan sahaja dari warga sekitar malah turut menerima penyertaan dari negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka dan Johor. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat pada semua yang terlibat. Tahniah buat semua!