PROGRAM ADVANCE ENTREPRENUERSHIP – FROM ZERO TO HERO

27 October 2022 | Berita Semasa

PEDI Felda Gunung Besout 2 dengan kerjsama MMU Cnergy telah mengadakan Program Advance Entreprenuership – From Zero to Hero. Program ini telah diadakan selama 10 hari bermula 10-25 Oktober 2022.
Program diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Seramai 12 orang peserta menyertai program ini. Peserta terdiri daripada para usahawan dari Felda Gunung Besout 1 dan 2.
Para peserta diberi pendedahan dalam mengenalpasti pelan perjalanan operasi perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos, mewujudkan nilai yang unik supaya pelanggan setia dengan produk yang dikeluarkan.
Selain itu, melalui program ini usahawan dapat membezakan perkhidmatan pelanggan tradisional daripada perkhidmatan pelanggan e-dagang, mengenali peri laku pelanggan atas talian, memahami jangkaan pelanggan di dunia digital, menggunakan upselling dalam penjualan e-dagang dan mengetahui amalan terbaik dalam perkhidmatan pelanggan.
Para peserta kemudian diberi tugasan dan dinilai oleh pihak MMU Cnergy dan 4 orang peserta yang terbaik diberikan geran perniagaan bernilai RM1000.00. Diharapkan melalui program ini, dapat membantu para usahawan menjadi lebih berjaya dan berdaya saing dalam bidang perniagaan.