PROGRAM EXPERT WORKSHOP: MISI 6 ANGKA PERTAMA

21 July 2022 | Berita Semasa

Pada 19 Julai 2022 Selasa, satu program yang bertajuk Misi Enam Angka Pertama telah dijalankan di PEDi FELDA Gunung Besout 1. Seramai 11 orang usahawan yang terdiri daripada peserta dari Felda Gunung Besout 1 dan 2 telah menyertai program ini.

Tuan Azraei Muhammad, merupakan seorang penulis buku Enam Angka Pertama Menjelang Dua Ribu Dua Puluh Lima telah dijemput sebagai speaker bagi program ini. Pelbagai maklumat dan tips menarik telah dikongsi oleh beliau sepanjang program ini.

Terima Kasih kepada semua peserta yang menyertai program anjuran pedi pada kali ini. Semoga mendapat manfaat atas perkongsian yang diberikan.