Program Jom Digital Fight Covid-19

22 June 2020 | Berita Semasa

Bermula pada 21 Jun 2020 telah bermula pertandingan anjuran Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua bertemakan konsep digital. Antara pertandingan yang dijalankan adalah Baby Contest : Ayahku Heroku, Online Coloring, Cuci Tangan Challenge, Doodle Art Digital, Photo Snap & Win, Food Art Photo Contest, Build Tower Challenge, Kahoot Kuiz, Video Resepi Bonda, Video Jom Fit & FB Live Super Spontan.

Maklumbalas amat menggalakkan kerana terdapat penyertaan daripada negeri-negeri lain seperti Kedah, Melaka,Pulau Pinang, Terengganu malah turut menerima penyertaan daripada negeri Sabah Sarawak.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua.