Program Refresher Tahunan

14 February 2020 | Berita Semasa

Pada 03 hingga 06 Februari 2020 telah berlangsung Kursus Refresher Tahunan untuk sesi pencapaian 2019 di Lost World Of Tambun,Ipoh, Perak. Program telah dimulakan dengan sesi ucapan daripada Pengurusan Webe Digital En.Hafiz Bin Senin, En.Ahmad Zaki Bin Abdullah dan Puan Jacintha (MCMC) dan diteruskan dengan upacara Perasmian dan Penyampaian Hadiah kepada semua yang telah berjaya memenuhi Key Performance Indeks (KPI) sepanjang sesi tahun 2019 yang lalu. Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua telah menerima Anugerah KPI Terbaik keseluruhan (Pengurus & Penolong Pengurus Terbaik). Program Refresher pada edisi kali ini memberi pelbagai maklumbalas positif dan modul yang diberikan sepanjang kursus berlangsung juga amat menarik antaranya Treasure Hunt di dalam Taman Tema Air Lost World Of Tambun, aktiviti ‘Water Confident’ yang mendidik semangat kerjasama berpasukan, sesi “Boom and Groom” & Slot Skincare dan tidak ketinggalan Makan Malam bertemakan “Pirate Of The Carribbean” . Diharapkan semoga berbekalkan suntikan idea-idea baru ini dapat meningkatkan lagi semangat semua peserta Pusat Internet ke tahap yang lebih optimum pada masa hadapan ! Tahniah buat semua !