Program Robotic Training & Field Trip To MMU Cyberjaya

12 January 2020 | Berita Semasa

Buat julung kalinya satu program yang bercirikan lawatan sambil belajar telah diadakan ke Multimedia University Malaysia (MMU) dan Magic Lab Cyberjaya oleh pihak Pusat Internet di bawah kelolaan Webe Digital Sdn Bhd yang melibatkan 27 pelajar lepasan SPM dari 9 buah cawangan Pusat Internet Webe Digital. Program yang berlangsung pada 23 dan 24 Disember 2019 melibatkan pendedahan peserta kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan juga pendedahan kepada teknologi serta aplikasi robotik menggunakan Arduino Uno. Peserta juga diberi peluang melawat Magix Lab yang bertempat di Cyberjaya untuk melihat hasil rekacipta dan perkembangan dunia robotik setara dengan perkembangan AI pada masa hadapan. Semoga bermanfaat buat semua peserta yang terlibat!