PROGRAM USAHAWAN: KELAS SHOPEE & CAROUSELL

07 July 2022 | Berita Semasa

PEDI Felda Gunung Besout 2 telah mengadakan Kelas Usahawan : Shoppee & Carousell. Seramai 3 orang usahawan telah menyertai program ini. Para usahawan dibimbing mengenai:

  1. Pengenalan platform Shopee dan Carousell.
  2. Persediaan Kedai di Shopee dan Carousell
  3. Fungsi Seller Centre
  4. Cara menguruskan pesanan
  5. Fungsi Pusat Pemasaran
  6. Pengurusan Kewangan.

Alhamdulillah PEDI telah berjaya membimbing usahawan Felda Besout 2 menuju ke platform digital. Kelas turut diselitkan dengan sesi perbincangan dalam mengenalpasti cabaran para usahawan untuk meningkatkan jualan mereka. Bagi usahawan yang berminat untuk menyertai Program Usahawan PEDI Felda Gunung Besout 2 boleh menghubungi kami di FB Page atau terus datang ke PEDI Felda Gunung Besout 2.