TAKLIMAT BANCI PENDUDUK & PERUMAHAN 2020

12 August 2020 | Berita Semasa

Pengurus & Pen. Pengurus yang telah menghadiri taklimat yang diberikan berkenaan Mycensus

Tarikh : 06 Ogos 2020
Masa : 8.30 – 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Klah,Sungkai,Perak

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan salah satu aktiviti statistik yang sangat penting yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Selain menyediakan statistik penduduk dan perumahan yang terperinci dan komprehensif mengikut ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk pada satu-satu masa, Banci ini juga menyediakan maklumat asas untuk memantau Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang merangkumi komitmen untuk membasmi kemiskinan, kesamarataan, kelestarian alam sekitar dan memastikan bahawa semua penduduk diliputi.